Tuesday, July 18, 2017

BERHENTI!!!!






AKU BERHENTI UNTUK MENCORET SESUATU DISINI. MEDIUM INI TIDAK LAGI MEMBERIKAN MAKNA KEPADA KU. AKU TELAH GAGAL. MEDIUM INI JUGA GAGAL MEMBANTUKU..............



andaikan aku disini

maaf atas segalanya
aku gagal






aku gagal


Ya hari ini pada petang tanggal 17 julai 2017 aku telah gagal dalam usaha aku membentuk seseorang. AKU GAGAL.Dia mengaku tidak tahu lagi untuk melayanku. Maksudnya dia x tau mcmana layanan yang aku nak. Semua yang dia buat salah. Tak kena. Dia dah cuba sedaya upaya tapi tak berhasil juga. Ok. Fine. Aku terima alasannya itu kerana dia bercakap jujur dan ikhlas. Setidak-tidaknya dia tidak berterusan berlakon untuk memuaskan hati aku. Terima kasih. Aku juga ada alasan ku sendiri.

Adakah semua yang dilakukan itu salah. Tidak menepati. Dia tidak kenal sikap aku kah. Pada aku yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Tak faham ka! Lama dah dia bersama aku. Sepatutnya dia dah faham dengan sikap aku. Perkara yang dia lakukan itu ternyata salah dan aku tidak dapat menerimanya. Tapi bila aku kata salah, dia akan menyalahkan aku kerana asyik melihat kesalahannya. Apa benda ni. Awak dah buat perkara salah. Salah la!!!!!

Bukan sekali dua perkara sebegi berlaku. Dah banyak kali. Ratus mungkin ribu kali. Segalanya menjadi normal setelah perbincangan dilakukan. Itu semasa dia bermastautin di sini. Mungkin sebab dia tidak berhadapan dengan aku dalam apa jua keadaan. Jadi perasaan berani dia semakin menebal. Aku bukan nak orang takut dengan aku. Tidak.Aku cuma hendak orang paham dengan sikap aku. Itu saja.

Semua perkara berlaku selepas dia dapat bertukar untuk berkhidmat di negeri kelahirannya. Negeri yang aku sangat2 hormati dengan adanya pemimpin yang ku sayangi. Alfatihah............ Dia persoalkan penerimaanku dengan isu pertukaran itu. Aku tidak faham apa yang dia lakukan. Aku tidak faham dengan keadaannya. Sebenatnya aku tidak pernah membantah dengan alasan pertukarannya itu. Aku redo kerana apa yang dia buat itu suatu perkara yang baik dan disuruh oleh agama. Kewajipan anak walaupun aku masih boleh mempertikainya. Adalah amat dituntut kewajipan itu di atas bahu anak lelaki. Tapi tak mengapalah kerana dia hendak bertanggungjawab. Aku dengan semurni hati mengatakan dia seorang anak yang baik.

Malam perpisahan yang sebenar, aku menangisi pemergiannya. Tanpa ada rasa malu air mata aku bercucuran dihadapannya. Aku menasihatinya dengan pelbagai perkara yang normal sebagai seorang manusia untuk berada di dalam kelompok masyarakat. Aku mahu dia melakukan semua itu. Tapi malangnya apa yang aku nasihatkan itu merupakan butir-butir peluru yang dihalakan kembali kepadaku. Berlubang-lubang hati ini. Pedihnya tidak terkira.

Aku mengiringinya pulang ke kampung dengan linangan air mata. Aku mengekorinya sejauh yang dapat kerana dikala itu ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kalau diikutkan rasa hati mahu aku menghantarnya sehingga ke kampungnya. Tak mengapalah. Aku redo kerana dia membawa bersama hatiku dan aku membawa bersama hatinya pulang dengan linangan air mata. Sebolehnya aku tidak mahu melepaskan dia pergi. Tapi apakan dayaku untuk menahan semua tu. Untuk menahan cucuran air mata pun aku gagal.

Banyak perkara yang agak janggal berlaku selepas dia selamat tiba dikampung dan menjalankan tugas di sana. Aku berbalah juga dengan dia dalam beberapa sebab. Perkara ini tidak berhenti di situ saja. Semakin hari semakin menjadi-jadi perkara pelik yang tidak pernah berlaku semasa dia ada disampingku. Berlaku saja perbalahan.....aku dituduh tidak faham. Aku cuba toleransi tapi tetap juga tidak berjaya. Dari hari ke hari aku disalahkan sebab tidak faham. Tidak cuba untuk memahami keadaan yang dialaminya. 

Di pendekkan coretan hatiku ini, mungkin kerana aku mencampuri urusan keluarganya. Bukan niat aku pun. Aku hanya cuba untuk melihat ketegasannya dalam membuat keputusan. Dan yang paling aku kecewa ialah dia seolah-oleh mempermainkan aku. " Jom g KB " Adoiiiiii............. dimana letaknya rasa hormat dia pada aku. Hormat......pesanan yang pernah aku berikan padanya dulu. Itu yang dia lakukan pada aku. Seperkara lagi.........aku terkilan. Aku pernah menyuruhnya agar mendapatkan rawatan bagi sakit yang ditanggungnya. Dia kata nak pergi dengan aku. Ya.....mengapa kesempatan yang ada tidak diambil untuk mendapatkan rawatan itu. Mungkin rasa risau aku ini umpama sampah. Mungkin juga dia andaikan rasa risau aku ini umpana babak-babak lakonan dalam drama. Tapi apabila mendapat perintah untuk mengambil barang.....dia dengan laju melaksanakan. Katanya untuk membantu adik-beradik. Aku faham soal itu. Ok. Soalnya aku ni dok di barisan mana dalam adik beradik dia. Perintah aku tidak di guna pakai. Tak ada nilai macam sampah yang busuk mennusuk hidung. Malah lebih teruk dari sampah yang memungkin juga bangkai.

Secara logiknya......orang yang masuk campur dalam urusan keluarga orang lain adalah tidak bermoral. Orang ini bukan seorang Islam yang baik dan tidak perlu dilayan. Apatah lagi untuk dijadikan teman hidup. Memang tidak layak dalam apa jua keadaan. Aku sedar semua itu. Jadi apa tindakan yang dia lakukan sekarang ini adalah tepat. Mengajar orang yang tidak bermoral seperti aku ini. Panggilan ku tidak di jawab kerana aku akan memarahinya Aku terima.

Aku berdoa agar jodoh aku dengannya kuat dan sentiasa mendapat rahmat Allah. Aku ingat janji-janji ku. Walaupun aku diuji dengan sedemikian hebat, aku tetap seperti dulu. Tidak pernah berubah menerimanya. Walaupun hati aku sakit, luka, remuk. Aku hanya akan menjadi seperti seorang yang tiada perasaan selepas ini, Mengikut arus yang mengalir. Jika deras arus itu terpulanglah dengan keadaan. Mungkin aku tenggelam dibawa arus itu. Aku reda.

Aku tidak meminta keistemewaan. Aku hanya mengemis sedikit rasa simpati sebagai orang yang dicintai dan disayangi. Apa yang pernah dilakukan semasa berada disampingku kekalkanlah. Tidak meminta selain dari itu. Tidak meminta sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Hanya apa yang pernah dilakukan. Aku diajar sebegitu ketika bersamamu. 




PANGGILAN JAHAT

Begitulah andaian yang diberikan. Aku amat terkejut dengan tindakan itu. Jahat sangatkah aku. Mengapa diandaikan begitu? Adilkah bagi aku. Mungkin salah aku kerana suka marah-marah dalam telefon. Kalau ada sebab aku marah lah. Mengapa dulu boleh ke tahan telinga dengan semua itu. Lepas tukar tak boleh dah. Tak mengapalah. Aku terima kerana aku dah banyak kali sebut yang keistemewaan yang dulu aku dapat dan semakin terhakis. Ini kebenaran andaian aku. Aku bukan dok nampak salah orang saja. Tapi orang tak nampak kesalahan dia. Aku bukan nak campur soal keluarga dan adik beradik dia. Tapi aku ada sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Ada dia tanya aku bab tu. Rasanya dia cukup marah dengan perkara itu. Aku pun marah kalau orang wat mcm tu. Tapi dia tak mahu tahu alasan aku berbuat sedemikian. Dia tak paham perangai aku. Hal orang yg x bersangkutan pun aku x pernah peduli, inikan pula keluarga dia. Gila apa aku nak wat mcm tu. Fikirkanlah.......................................

Apa pun aku terima dengan caranya.
Aku tak caro.

Monday, July 17, 2017

SKANDAL KAIN PELIKAT

Masih bersarang difikiran. Bagaimana ini boleh terjadi. Aku tidak faham sama sekali. Dulu mereka-mereka yang mendapat kain pelikat ini adalah sangat dibenci. Tiap hari aku dengar kebencian terhambur dari mulutnya. Aku tidak dapat membuat apa-apa kerana sememangnya mereka itu patut terima hukuman sedemikian dengan perbuatan dan tindak tanduk mereka. Apa yang mereka buat kadangkala tanpa memikirkan kesan kepada orang lain. Mulut usah di cakap la. Main lepas saja cakapnya. Tindak tanduk keluar dari rasa benci. Semuanya dapat kita baca melalui raut wajah dan percakapan. Adakalanya berunsur penghinaan.

Tapi aku hairan bagaimana mereka ini mendapat kedudukan di hatinya. Ada buah tangan yang diberikan untuk mereka. Mereka-mereka yang dibenci. Adakah kerana mereka ini telah berada dihujung perkhidmatan??? Atau apa?

Aku tidak faham dan marah dengan apa yang berlaku. Aku juga turut terseret dalam skandal ini. Aku juga diberi habuan seperti mereka. Aku juga seperti merekalah jika dinilai sedemikian. Itu sebab aku menolak pemberian itu. Aku bukan seperti mereka. Aku tidak memerlukan semua itu.

Aku juga hairan bagaimana aku tidak dimaklumkan untuk dia berbuat sedemikian. Adakah pandangan aku tidak diperlukan. Adakah aku pun dapat sama tak perlulah diperbincangkan. Tapi bagaimana kebencian boleh dibincangkan dan diluahkan kepada ku. Aku tak faham. AKU TAK FAHAMMMMMM

AKU KESUNYIAN

Malam-malam ku sekarang ini diliputi selimut kesunyian. Aku seolah-olah berada di alam yang baru dan asing bagiku. Aku keseorangan meniti malam dengan jiwa yang kesunyian. Tiada siapa lagi yang dapat menemani ku dikala kesunyian sebegini. Aku seolah-olah hilang arah tuju. Telah lama aku membuang rakan-rakan ku di kala malam hari. Ketika itu aku mempunyai teman kemana sahaja. Menghabiskan perjalanan malam bersama dengan dibuai alunan asmara.  Malam ku indah sekali dikala itu.
Tapi kini tinggal aku sendirian. Tiada teman untuk bersama. Aku tidak bermaya lagi untuk menempuh semuanya ini. Tapi apakan daya ku untuk melawan takdir. Takdir untuk diriku. Aku harus terima walaupun berat. Berapa lama harus aku tanggung segalanya ini juga bergantung pada takdir. Seandainya aku tewas diperjalanan juga merupakan takdirNya.

HAK KELUARGA

Aku minta maaf banyak-banyak kerana terlepas pandangan mengenai isu ini. Sekembalinya dia ke kampung bermakna dia telah menjadi milik keluarga. Telah bertahun merantau berjauhan dengan keluarga bermakna tanggungjawabnya terhadap keluarga talah diabaikan. Kini dia kembali.

Sementara hak aku pula sudah mula terhakis sedikit demi sedikit dengan bertambahnya tanggungjawab terhadap keluarga. Tidak seperti dia bermastautin di sini dulu. Aku lah segalanya. Aku ikhlas membantu apa yang sepatutnya semampu yang boleh. Kini tiada lagi.

Aku tidak seharusnya berkecil hati dengan situasi sebegini. Apa hak aku? Apa lagi mempertikaikannya.

Pasrah segalanya................